Katak
Katak adalah sejenis hewan amfibia dalam susunan Anura (bermaksud "tidak berekor", daribahasa Greek: an-, tanpa + oura, ekor), dahulunya digelar Salientia (bahasa Latin saltare, "melompat"). Katak dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata jongang dan ketiadaan ekor. Kebanyakan katak menjalani hidup mata jongang, tetapi juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak biasanya bertelur di lopak, kolam atau tasik; dan larvanya, iaitu berudu, berinsang dan bertumbuh dalam air. Katak dewasa merupakan haiwan maging yang gemar memakan haiwan artropod (terutamanya serangga), annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam, terutamanya ketika musim mengawan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar